ISU-ISU DALAM PERKONGSIAN MAKLUMAT
Disediakan oleh: Siti Nursyafiqah Bt Adek Rosdi
Disediakan oleh: Siti Nursyafiqah Bt Adek Rosdi
Sebagai seorang pelajar kita sentiasa
disarankan memperbanyakkan bahan bacaan untuk dijadikan sumber rujukan yang
mampu digunakan dalam penghasilan tugasan.
Hal ini merujuk kepada kebolehan individu dalam mendapatkan perolehan
dan perkongsian sesuatu ilmu tidak kira melalui perbincangan, pembentangan,
seminar, forum atau lain-lain platform yang menjadi sumber pencarian ilmu. Pencarian ilmu atau perkongsian maklumat ini
merupakan proses yang amat mudah terutamanya pada era globalisasi kini yang
mencerminkan dunia tanpa sempadan di mana setiap maklumat yang diingini hanya
berada di hujung jari. Namun begitu, hal
ini telah menyebabkan tahap keselamatan yang kita perolehi kian tipis ekoran
sikap individu yang mengaplikasikan kemudahan sedia ada ini ke arah yang
salah. Oleh sebab itu, individu
disarankan lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat demi mengelakkan
sebarang ancaman berlaku semasa penggunaan komputer.
Antara isu yang wujud dalam perkongsian
maklumat ialah plagiarisme. Menurut
Kamus Dewan Edisi Baru (1993) plagiarisme merujuk kepada perbuatan meniru idea
hasil karya orang lain dan mempromosikannya seperti ciptaan sendiri. Aktiviti plagiarisme yang sering kali
dilakukan oleh golongan pelajar terbahagi kepada lima jenis iaitu Verbatim,
potong dan tampal, memparafrasa, membuat petikan yang tidak tepat dan tidak
mengiktiraf sumber-sumber bantuan dan sokongan.
Plagiarisme Verbatim serta potong dan tampal merujuk kepada perbuatan
menyalin perkataan demi perkataan daripada petikan tanpa memberi sebarang
pengiktirafan kepada penulis asal.
Tindakan memparafrasa petikan juga dianggap plagiat jika tidak memberikan
pengiktirafan yang sewajarnya kepada penulis.
Mendapatkan sesuatu maklumat daripada sumber yang tidak sahih atau lemah
juga dianggap plagiat kerana tiada sumber yang dapat dijadikan bukti untuk
menyokong hujah-hujah individu dalam penulisan.
Tegasnya, plagiarisme mestilah dielakkan dalam kehidupan untuk memupuk
individu dengan kredibiliti yang tinggi di mana mereka mampu mempersembahkan
idea sendiri dengan bernas disokong dengan bukti daripada sumber yang sahih.

Akhir sekali, isu etika pengguna
komputer yang menekankan tentang perilaku atau sikap individu semasa
mengendalikan komputer. Antara etika
yang paling penting bagi pengguna komputer ialah menghormati diri sendiri dengan
menjaga privasi sendiri dengan sebaiknya, menghormati orang lain dengan tidak
menggunakan komputer sebagai medan menyebarkan keburukan orang lain serta
menghormati kejujuran dalam akademik di mana individu menggunakan sumber dari
internet hanya sebagai bahan rujukan dan bukan unsur plagiat. Etika komputer ini amat penting bagi
memastikan individu tidak akan terbabit dengan sebrang kesalahan yang dapat
memberikan impak dalam hidup.
Sesungguhnya, melalui artikel ini semua pihak diharap dapat memahami
dengan lebih mendalam akan isu yang timbul dalam perkongsian ilmu yang
sewajarnya diberi perhatian menyeluruh oleh semua pihak. Hal ini kerana tanpa tindakan yang tegas, isu
yang wujud akan menjadi semakin berleluasa sekali gus meningkatkan risiko
jenayah siber di negara kita.
No comments:
Post a Comment