Wednesday, 18 September 2019

MAK KAI WEN- PENYELESAIAN SOSIAL ( KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KEMAHIRAN INTRAPERSONAL)


Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Intrapersonal

Kemahiran interpersonal merujuk kepada kemahiran yang digunakan setiap hari untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk mencapai kesan atau keputusan yang tertentu. Kemahiran intrapersonal pula adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep sendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang ndividu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Kemahiran ini sangat diperlukan dalam usaha untuk membina hubungan berkesan antara guru dengan pelajar. Kemahiran ini juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berhubung dengan orang lain dengan berkomunikasi secara bertulis dan lisan.

Komunikasi interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan kongsi pengalaman dengan individu lain.
Kemahiran interpersonal juga melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan. Untuk itu, sebutan mesti jelas, lancar dan nada bersesuaian secara konsisten. Selain itu, kemahiran mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten juga sangat diperlukan. Komunikasi interpersonal kadang kala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal itu berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi  muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi.

Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menangkap maklumat, mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Tindak balas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera. Komunikasi interpersonal berlaku atas pelbagai sebab, iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi.

Kemahiran intrapersonal membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaanya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Individu yang mempunyai kemahiran ini dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran ini kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan.
                                           
                                            


Cara-cara untuk membangunkan kemahiran interpersonal
1.     Mengenal pasti aspek diri yang boleh dimajukan
2.     Fokus kepada kemahiran komunikasi yang asas
3.  Mempertingkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih tinggi dengan mengenali halangan-halangan dan batasan komunikasi yang wujud
4.     Merenung ke dalam diri kita
5.     Berlatih dan aplikasikan kemahiran interpersonal dalam pelbagai situasi
6.     Membuat refleksi ke atas pengalaman yang dilalui dan membuat penambahbaikan
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar kita memperbaiki kemahiran intrapersonal
1.     Menyimpan jurnal atau diari
2.     Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran
3.     Menilai kerja sendiri
4.     Mengisi borang
5.     Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialam
6.     Menghuraikan kelemahan atau kekuatan sendiri
7.     Melaksanakan projek secara individu
8.     Membuat refleksi secara senyap
                                           
                                                   kemahiran interpersonel



kemahiran intrapersonel

                                       

kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal



bagi maklumat yang selanjutnya, kamu semua bolehlah layari laman sesawang di bawah:
https://www.slideshare.net/luqmanhakim98499/kemahiran-belajar-interpersonal-dan-intrapersonal-30293716



sekian daripada saya....😻😻😻

No comments:

Post a Comment

NURIN-PENYELESAIAN SOSIAL (ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK)

  Isu G ender dalam Kecemerlangan Akademik             Isu gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lel...