Wednesday, 18 September 2019

NURIN-PENYELESAIAN SOSIAL (ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK)


 Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

Related image



            Isu gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lelaki dan perempuan di sekolah dan di IPTA amat ketara bilangannya sehinggakan ia dijadikan sebagai satu isu yang menarik untuk dikaji. Menurut kajian yang dibuat oleh Bridgement & Wendler (1995), perempuan menujukkan pretasi yang lebih tinggi berbanding lelaki. Malah menurut kajian Sutherland juga, pretasi perempuan lebih baik berbanding pretasi lelaki adalah satu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia tidak kira negara kecil arau negara besar. Contohnya, situasi yang berlaku di negara kita, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan dalam peperiksaan lebih tinggi berbanding markah pelajar lelaki dan kemungkinan untuk pelajar perempuan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah sangat besar peratusnya. Oleh itu, terdapat juga kajian yang dibuat untuk mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi isu-isu gender ini sehingga ia memberi pengaruh yang besar dalam kecemerlangan akademik remaja kini.
            Jika dilihat dari segi kecenderungan aktiviti fizikal dan kemahiran motor, kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih aktif dan berkemahiran dalam penggunaan mesin motor berbanding perempuan. Hal ini menjadi sebab kenapa lelaki mempunyai masalah untuk duduk dalam tempoh lama dan cepat bosan apabila melakukan aktiviti seperti membaca. Jadi bukan sesuatu yang pelik jika aktiviti sukan lebih ramai pelajar lelaki menyertainya kerana mereka lebih cenderung kepada aktiviti fizikal dan kemahiran motor. Kelebihan yang dimiliki oleh mereka terutamannya dari segi kekuatan otot dan ketinggian menjadi mereka gah dalam mendominasi aktiviti lasak.
            Selain itu, perbezaan gender yang dapat dilihat dalam keupayaan kognitif dan akademik pula menunjukkan lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Menurut kajian yang berkisarkan kecerdasan, lelaki mempunyai kemahiran yang lebih cekap dalam pemikiran visual-ruang dan abstrak. Manakala perempuan lebih menguasai kemahiran verbal seperti penguasaan perbendaharaan kata dalam percakapan atau komunikasi harian. Kata-kata yang dilontarkan oleh perempuan menunjukkan ekspresi pemikiran mereka yang kreatif dalam penggunaan kosa kata. Perempuan juga mampu menguasai bahasa dengan baik dan fasih ketika usia yang muda. Hal ini menyebabkan perempuan amat cemerlang dalam pembacaan dan penulisa mereka. Walau bagaimanapun, lelaki berkebolehan dalam menyelesaikan masalah kompleks seperti soalan matematik. Jadi dari segi keupayaan kognitif dan akademik, lelaki dan perempuan mempunyai kebolehan yang seimbang.
            Seterusnya, lelaki lebih berpengalaman dalam penggunaan teknologi kerana mereka gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan teknologi berbanding dengan perempuan. Kepelbagaian permainan video yang ada pada masa kini menyebabkan lelaki terlampau cenderung untuk bermain permainan videa tersebut yang boleh mengganggu perkembangan mereka dari aspek pembacaan dan penulisan. Akan tetapi, minat mereka ini memberi kelebihan kepada mereka dalam perkembangan kemahiran visual-ruang. Oleh itu, ramai pakar IT di dunia ini terdiri daripada golongan lelaki yang hebat dalam menguasai visual-ruang. Kepakaran mereka dalam bidang teknologi juga mampu memberi impak yang positif dalam bidang akademik mereka.
            Di samping itu, dari aspek motivasi dalam pembelajaran akademik, perempuan lebih menunjukkan minat mereka untuk belajar di dalam kelas. Perempuan dan sifat rajin adalah satu yang sinonim dan sering berkaitan. Mereka rajin dan lebih gemar melibatkan diri dalam aktivit di dalam bilik darjah berbanding aktiviti di luar bilik darjah. Perempuan amat menitikberatkan kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Oleh sebab itu, pelajar perempuan lebih ramai di IPTA kerana mereka menunjukkan minat dalam pelajaran untuk menyambung pengajian mereka di peringkat menara gading. Sikap endah tidak endah lelaki menyebabkan mereka suka mengambil cabaran dan risiko dalam pembelajaran akademik dan tidak rasa bersalah untuk menerima kegagalan.
Image result for isu gender dalam kecemerlangan akademik

            Isu gender dalam kecemerlangan akademik juga dapat dilihat melalui perbezaan gender dalam interpersonal, tingkah laku dan emosi. Seperti yang sedia maklum, lelaki lebih suka akan keganasan manakala perempuan pula suka akan kelembutan. Oleh itu, lelaki suka menunjukkan keganasan fizikal mereka lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi genting atau yang boleh mengancam mereka. Lelaki juga lebih cenderung mengambil bahagian secara berkumpulan dalam aktiviti lasak bagi mencabar kekuatan dan ketahanan fizikal mereka. Pelajar perempuan pula lebih sensitive terhadap emosi dimana mereka lebih koperatif dalam menjalankan kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Perempuan juga suka berkongsi perasaan, isi hati dan pengalaman mereka dengan orang yang rapat dengan mereka.
            Kecerdasan emosi dan pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan. Kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal seseorang memainkan peranan dalam pencapaian akademik mereka. Jika dilihat dari sudut ini sudah tentu perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai tang mendominasi dalam kecemerlangan akademik di IPTA-IPTA kerana kecenderungan emosi mereka yang lebih terarah kepada kedua-dua kemahiran.

Penutup
Kesimpulannya, para pelajar perlu peka mengenai isu-isu gender ini dengan menerimanya dengan sikap yang lebih terbuka. Isu gender ini bukanlah satu benteng untuk memisahkan atau mengehadkan kerjasama antara lelaki dan perempuan dalam menokah arus pendidikan tetapi sebagai tanda aras dalam menilai kecemerlangan akademik masing-masing. Kecemerlangan akademik antara lelaki dan perempuan yang seimbang adalah lebih baik kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing dalam sesuatu perkara. Ini akan memberikan keuntungan kepada negara kelak. Malah, ia dapat melahirkan lebih ramai golongan remaja yang berintelektual dan berpendidikan bagi meneruskan visi dan misi negara.
Related image


No comments:

Post a Comment

NURIN-PENYELESAIAN SOSIAL (ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK)

  Isu G ender dalam Kecemerlangan Akademik             Isu gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lel...