Isu
gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lelaki dan
perempuan di sekolah dan di IPTA amat ketara bilangannya sehinggakan ia
dijadikan sebagai satu isu yang menarik untuk dikaji. Menurut kajian yang
dibuat oleh Bridgement & Wendler (1995), perempuan menujukkan pretasi yang
lebih tinggi berbanding lelaki. Malah menurut kajian Sutherland juga, pretasi
perempuan lebih baik berbanding pretasi lelaki adalah satu fenomena yang menyeluruh
dan berlaku di banyak negara di dunia tidak kira negara kecil arau negara
besar. Contohnya, situasi yang berlaku di negara kita, markah yang dicapai oleh
pelajar perempuan dalam peperiksaan lebih tinggi berbanding markah pelajar
lelaki dan kemungkinan untuk pelajar perempuan menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi adalah sangat besar peratusnya. Oleh itu, terdapat
juga kajian yang dibuat untuk mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi
isu-isu gender ini sehingga ia memberi pengaruh yang besar dalam kecemerlangan
akademik remaja kini.
Jika
dilihat dari segi kecenderungan aktiviti fizikal dan kemahiran motor, kajian
menunjukkan bahawa lelaki lebih aktif dan berkemahiran dalam penggunaan mesin
motor berbanding perempuan. Hal ini menjadi sebab kenapa lelaki mempunyai
masalah untuk duduk dalam tempoh lama dan cepat bosan apabila melakukan
aktiviti seperti membaca. Jadi bukan sesuatu yang pelik jika aktiviti sukan
lebih ramai pelajar lelaki menyertainya kerana mereka lebih cenderung kepada aktiviti
fizikal dan kemahiran motor. Kelebihan yang dimiliki oleh mereka terutamannya
dari segi kekuatan otot dan ketinggian menjadi mereka gah dalam mendominasi
aktiviti lasak.
Selain
itu, perbezaan gender yang dapat dilihat dalam keupayaan kognitif dan akademik
pula menunjukkan lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
Menurut kajian yang berkisarkan kecerdasan, lelaki mempunyai kemahiran yang
lebih cekap dalam pemikiran visual-ruang dan abstrak. Manakala perempuan lebih
menguasai kemahiran verbal seperti penguasaan perbendaharaan kata dalam
percakapan atau komunikasi harian. Kata-kata yang dilontarkan oleh perempuan
menunjukkan ekspresi pemikiran mereka yang kreatif dalam penggunaan kosa kata.
Perempuan juga mampu menguasai bahasa dengan baik dan fasih ketika usia yang
muda. Hal ini menyebabkan perempuan amat cemerlang dalam pembacaan dan penulisa
mereka. Walau bagaimanapun, lelaki berkebolehan dalam menyelesaikan masalah
kompleks seperti soalan matematik. Jadi dari segi keupayaan kognitif dan
akademik, lelaki dan perempuan mempunyai kebolehan yang seimbang.
Seterusnya,
lelaki lebih berpengalaman dalam penggunaan teknologi kerana mereka
gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan teknologi berbanding dengan
perempuan. Kepelbagaian permainan video yang ada pada masa kini menyebabkan
lelaki terlampau cenderung untuk bermain permainan videa tersebut yang boleh
mengganggu perkembangan mereka dari aspek pembacaan dan penulisan. Akan tetapi,
minat mereka ini memberi kelebihan kepada mereka dalam perkembangan kemahiran
visual-ruang. Oleh itu, ramai pakar IT di dunia ini terdiri daripada golongan
lelaki yang hebat dalam menguasai visual-ruang. Kepakaran mereka dalam bidang
teknologi juga mampu memberi impak yang positif dalam bidang akademik mereka.
Di
samping itu, dari aspek motivasi dalam pembelajaran akademik, perempuan
lebih menunjukkan minat mereka untuk belajar di dalam kelas. Perempuan dan
sifat rajin adalah satu yang sinonim dan sering berkaitan. Mereka rajin dan
lebih gemar melibatkan diri dalam aktivit di dalam bilik darjah berbanding
aktiviti di luar bilik darjah. Perempuan amat menitikberatkan kemajuan dan
kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Oleh sebab itu, pelajar perempuan lebih
ramai di IPTA kerana mereka menunjukkan minat dalam pelajaran untuk menyambung
pengajian mereka di peringkat menara gading. Sikap endah tidak endah lelaki
menyebabkan mereka suka mengambil cabaran dan risiko dalam pembelajaran
akademik dan tidak rasa bersalah untuk menerima kegagalan.

Isu
gender dalam kecemerlangan akademik juga dapat dilihat melalui perbezaan gender
dalam interpersonal, tingkah laku dan emosi. Seperti yang sedia maklum,
lelaki lebih suka akan keganasan manakala perempuan pula suka akan kelembutan.
Oleh itu, lelaki suka menunjukkan keganasan fizikal mereka lebih-lebih lagi
apabila berhadapan dengan situasi genting atau yang boleh mengancam mereka. Lelaki
juga lebih cenderung mengambil bahagian secara berkumpulan dalam aktiviti lasak
bagi mencabar kekuatan dan ketahanan fizikal mereka. Pelajar perempuan pula
lebih sensitive terhadap emosi dimana mereka lebih koperatif dalam menjalankan
kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Perempuan juga suka
berkongsi perasaan, isi hati dan pengalaman mereka dengan orang yang rapat
dengan mereka.
Kecerdasan
emosi dan pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan. Kemahiran
intrapersonal dan kemahiran interpersonal seseorang memainkan peranan dalam
pencapaian akademik mereka. Jika dilihat dari sudut ini sudah tentu perempuan
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki.
Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai tang mendominasi dalam kecemerlangan
akademik di IPTA-IPTA kerana kecenderungan emosi mereka yang lebih terarah
kepada kedua-dua kemahiran.
Penutup
Kesimpulannya, para pelajar
perlu peka mengenai isu-isu gender ini dengan menerimanya dengan sikap yang
lebih terbuka. Isu gender ini bukanlah satu benteng untuk memisahkan atau
mengehadkan kerjasama antara lelaki dan perempuan dalam menokah arus pendidikan
tetapi sebagai tanda aras dalam menilai kecemerlangan akademik masing-masing. Kecemerlangan
akademik antara lelaki dan perempuan yang seimbang adalah lebih baik kerana
setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing dalam
sesuatu perkara. Ini akan memberikan keuntungan kepada negara kelak. Malah, ia
dapat melahirkan lebih ramai golongan remaja yang berintelektual dan
berpendidikan bagi meneruskan visi dan misi negara.

