Wednesday, 18 September 2019

NURIN-PENYELESAIAN SOSIAL (ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK)


 Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik

Related image



            Isu gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lelaki dan perempuan di sekolah dan di IPTA amat ketara bilangannya sehinggakan ia dijadikan sebagai satu isu yang menarik untuk dikaji. Menurut kajian yang dibuat oleh Bridgement & Wendler (1995), perempuan menujukkan pretasi yang lebih tinggi berbanding lelaki. Malah menurut kajian Sutherland juga, pretasi perempuan lebih baik berbanding pretasi lelaki adalah satu fenomena yang menyeluruh dan berlaku di banyak negara di dunia tidak kira negara kecil arau negara besar. Contohnya, situasi yang berlaku di negara kita, markah yang dicapai oleh pelajar perempuan dalam peperiksaan lebih tinggi berbanding markah pelajar lelaki dan kemungkinan untuk pelajar perempuan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah sangat besar peratusnya. Oleh itu, terdapat juga kajian yang dibuat untuk mengetahui apakah faktor yang mempengaruhi isu-isu gender ini sehingga ia memberi pengaruh yang besar dalam kecemerlangan akademik remaja kini.
            Jika dilihat dari segi kecenderungan aktiviti fizikal dan kemahiran motor, kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih aktif dan berkemahiran dalam penggunaan mesin motor berbanding perempuan. Hal ini menjadi sebab kenapa lelaki mempunyai masalah untuk duduk dalam tempoh lama dan cepat bosan apabila melakukan aktiviti seperti membaca. Jadi bukan sesuatu yang pelik jika aktiviti sukan lebih ramai pelajar lelaki menyertainya kerana mereka lebih cenderung kepada aktiviti fizikal dan kemahiran motor. Kelebihan yang dimiliki oleh mereka terutamannya dari segi kekuatan otot dan ketinggian menjadi mereka gah dalam mendominasi aktiviti lasak.
            Selain itu, perbezaan gender yang dapat dilihat dalam keupayaan kognitif dan akademik pula menunjukkan lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Menurut kajian yang berkisarkan kecerdasan, lelaki mempunyai kemahiran yang lebih cekap dalam pemikiran visual-ruang dan abstrak. Manakala perempuan lebih menguasai kemahiran verbal seperti penguasaan perbendaharaan kata dalam percakapan atau komunikasi harian. Kata-kata yang dilontarkan oleh perempuan menunjukkan ekspresi pemikiran mereka yang kreatif dalam penggunaan kosa kata. Perempuan juga mampu menguasai bahasa dengan baik dan fasih ketika usia yang muda. Hal ini menyebabkan perempuan amat cemerlang dalam pembacaan dan penulisa mereka. Walau bagaimanapun, lelaki berkebolehan dalam menyelesaikan masalah kompleks seperti soalan matematik. Jadi dari segi keupayaan kognitif dan akademik, lelaki dan perempuan mempunyai kebolehan yang seimbang.
            Seterusnya, lelaki lebih berpengalaman dalam penggunaan teknologi kerana mereka gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan teknologi berbanding dengan perempuan. Kepelbagaian permainan video yang ada pada masa kini menyebabkan lelaki terlampau cenderung untuk bermain permainan videa tersebut yang boleh mengganggu perkembangan mereka dari aspek pembacaan dan penulisan. Akan tetapi, minat mereka ini memberi kelebihan kepada mereka dalam perkembangan kemahiran visual-ruang. Oleh itu, ramai pakar IT di dunia ini terdiri daripada golongan lelaki yang hebat dalam menguasai visual-ruang. Kepakaran mereka dalam bidang teknologi juga mampu memberi impak yang positif dalam bidang akademik mereka.
            Di samping itu, dari aspek motivasi dalam pembelajaran akademik, perempuan lebih menunjukkan minat mereka untuk belajar di dalam kelas. Perempuan dan sifat rajin adalah satu yang sinonim dan sering berkaitan. Mereka rajin dan lebih gemar melibatkan diri dalam aktivit di dalam bilik darjah berbanding aktiviti di luar bilik darjah. Perempuan amat menitikberatkan kemajuan dan kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Oleh sebab itu, pelajar perempuan lebih ramai di IPTA kerana mereka menunjukkan minat dalam pelajaran untuk menyambung pengajian mereka di peringkat menara gading. Sikap endah tidak endah lelaki menyebabkan mereka suka mengambil cabaran dan risiko dalam pembelajaran akademik dan tidak rasa bersalah untuk menerima kegagalan.
Image result for isu gender dalam kecemerlangan akademik

            Isu gender dalam kecemerlangan akademik juga dapat dilihat melalui perbezaan gender dalam interpersonal, tingkah laku dan emosi. Seperti yang sedia maklum, lelaki lebih suka akan keganasan manakala perempuan pula suka akan kelembutan. Oleh itu, lelaki suka menunjukkan keganasan fizikal mereka lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan situasi genting atau yang boleh mengancam mereka. Lelaki juga lebih cenderung mengambil bahagian secara berkumpulan dalam aktiviti lasak bagi mencabar kekuatan dan ketahanan fizikal mereka. Pelajar perempuan pula lebih sensitive terhadap emosi dimana mereka lebih koperatif dalam menjalankan kerjasama dalam kumpulan bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Perempuan juga suka berkongsi perasaan, isi hati dan pengalaman mereka dengan orang yang rapat dengan mereka.
            Kecerdasan emosi dan pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan. Kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal seseorang memainkan peranan dalam pencapaian akademik mereka. Jika dilihat dari sudut ini sudah tentu perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai tang mendominasi dalam kecemerlangan akademik di IPTA-IPTA kerana kecenderungan emosi mereka yang lebih terarah kepada kedua-dua kemahiran.

Penutup
Kesimpulannya, para pelajar perlu peka mengenai isu-isu gender ini dengan menerimanya dengan sikap yang lebih terbuka. Isu gender ini bukanlah satu benteng untuk memisahkan atau mengehadkan kerjasama antara lelaki dan perempuan dalam menokah arus pendidikan tetapi sebagai tanda aras dalam menilai kecemerlangan akademik masing-masing. Kecemerlangan akademik antara lelaki dan perempuan yang seimbang adalah lebih baik kerana setiap daripada mereka mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing dalam sesuatu perkara. Ini akan memberikan keuntungan kepada negara kelak. Malah, ia dapat melahirkan lebih ramai golongan remaja yang berintelektual dan berpendidikan bagi meneruskan visi dan misi negara.
Related image


SYAFIQAH- PENYELESAIAN SOSIAL( ISU-ISU DALAM PERKONGSIAN MAKLUMAT)


       
ISU-ISU DALAM PERKONGSIAN MAKLUMAT
Disediakan oleh: Siti Nursyafiqah Bt Adek Rosdi

Sebagai seorang pelajar kita sentiasa disarankan memperbanyakkan bahan bacaan untuk dijadikan sumber rujukan yang mampu digunakan dalam penghasilan tugasan.  Hal ini merujuk kepada kebolehan individu dalam mendapatkan perolehan dan perkongsian sesuatu ilmu tidak kira melalui perbincangan, pembentangan, seminar, forum atau lain-lain platform yang menjadi sumber pencarian ilmu.  Pencarian ilmu atau perkongsian maklumat ini merupakan proses yang amat mudah terutamanya pada era globalisasi kini yang mencerminkan dunia tanpa sempadan di mana setiap maklumat yang diingini hanya berada di hujung jari.  Namun begitu, hal ini telah menyebabkan tahap keselamatan yang kita perolehi kian tipis ekoran sikap individu yang mengaplikasikan kemudahan sedia ada ini ke arah yang salah.  Oleh sebab itu, individu disarankan lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat demi mengelakkan sebarang ancaman berlaku semasa penggunaan komputer.

        Antara isu yang wujud dalam perkongsian maklumat ialah plagiarisme.  Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993) plagiarisme merujuk kepada perbuatan meniru idea hasil karya orang lain dan mempromosikannya seperti ciptaan sendiri.  Aktiviti plagiarisme yang sering kali dilakukan oleh golongan pelajar terbahagi kepada lima jenis iaitu Verbatim, potong dan tampal, memparafrasa, membuat petikan yang tidak tepat dan tidak mengiktiraf sumber-sumber bantuan dan sokongan.  Plagiarisme Verbatim serta potong dan tampal merujuk kepada perbuatan menyalin perkataan demi perkataan daripada petikan tanpa memberi sebarang pengiktirafan kepada penulis asal.  Tindakan memparafrasa petikan juga dianggap plagiat jika tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada penulis.  Mendapatkan sesuatu maklumat daripada sumber yang tidak sahih atau lemah juga dianggap plagiat kerana tiada sumber yang dapat dijadikan bukti untuk menyokong hujah-hujah individu dalam penulisan.  Tegasnya, plagiarisme mestilah dielakkan dalam kehidupan untuk memupuk individu dengan kredibiliti yang tinggi di mana mereka mampu mempersembahkan idea sendiri dengan bernas disokong dengan bukti daripada sumber yang sahih.

Image result for hak cipta terpelihara         Isu yang kedua dalam perkongsian ilmu ialah isu hak cipta.  Menurut Harta Intelek Malaysia (2018) hak cipta bermaksud hak ekslusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka dalam tempoh yang tertentu.  Kehadiran hak cipta amat penting untuk memastikan ketulenan penghasilan karya dapat dikekalkan seperti karya sastera, muzik, seni, terbitan, filem, rakaman bunyi dan siaran.  Setiap karya mempunyai tempoh yang berbeza.   Hak eksklusif juga akan diberikan kepada pemilik hak cipta tersebut.  Hak cipta juga akan terbatal melalui beberapa perlakuan seperti menayangkan hasil karya dalam bentuk berbeza, mengimport hasil karya ke negara luar untuk kegunaan sendiri dan sebagainya.  Sesungguhnya, isu ini harus dititikberatkan dalam kehidupan untuk mengelakkan diri daripada terkena atau disabit dengan tindakan undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Image result for hacker       Seterusnya, isu keselamatan data dan etika dalam penggunaan komputer yang memerihalkan tentang gangguan yang wujud dalam mendapatkan maklumat.  Isu ini melatih individu menjadi lebih peka tentang penyimpanan dan penghantaran data dengan menekankan kerahsian sebagai aspek keselamatan yang utama dalam penggunaan komputer.  Antara ancaman yang berlaku ke atas keselamatan penyimpanan data ialah virus komputer yang berupaya menjejaskan sistem dalam komputer, cacing yang berfungsi mematikan sebuah sistem atau jaringan komputer serta ancaman penggodam yang berkebolehan menceroboh privasi seseorang individu melalui sistem komputer mereka. Dengan ini, setiap individu mestilah lebih peka untuk mengelakkan isu tersebut daripada terus mengancam diri dengan memberi perhatian dalam aspek keselamatan sistem dan keselamatan data melalui aspek pengguna, kata laluan, perisian komputer dan capaian internet, perisian pencegah virus, data, pemindahan maklumat dan kriptografi.

       Akhir sekali, isu etika pengguna komputer yang menekankan tentang perilaku atau sikap individu semasa mengendalikan komputer.  Antara etika yang paling penting bagi pengguna komputer ialah menghormati diri sendiri dengan menjaga privasi sendiri dengan sebaiknya, menghormati orang lain dengan tidak menggunakan komputer sebagai medan menyebarkan keburukan orang lain serta menghormati kejujuran dalam akademik di mana individu menggunakan sumber dari internet hanya sebagai bahan rujukan dan bukan unsur plagiat.  Etika komputer ini amat penting bagi memastikan individu tidak akan terbabit dengan sebrang kesalahan yang dapat memberikan impak dalam hidup.  Sesungguhnya, melalui artikel ini semua pihak diharap dapat memahami dengan lebih mendalam akan isu yang timbul dalam perkongsian ilmu yang sewajarnya diberi perhatian menyeluruh oleh semua pihak.  Hal ini kerana tanpa tindakan yang tegas, isu yang wujud akan menjadi semakin berleluasa sekali gus meningkatkan risiko jenayah siber di negara kita.




MAK KAI WEN- PENYELESAIAN SOSIAL ( KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KEMAHIRAN INTRAPERSONAL)


Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran Intrapersonal

Kemahiran interpersonal merujuk kepada kemahiran yang digunakan setiap hari untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk mencapai kesan atau keputusan yang tertentu. Kemahiran intrapersonal pula adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri.

Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep sendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang ndividu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya. Kemahiran ini sangat diperlukan dalam usaha untuk membina hubungan berkesan antara guru dengan pelajar. Kemahiran ini juga merujuk kepada kebolehan individu untuk berhubung dengan orang lain dengan berkomunikasi secara bertulis dan lisan.

Komunikasi interpersonal berlaku apabila dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui interaksi, seseorang itu dapat bertukar pendapat dan kongsi pengalaman dengan individu lain.
Kemahiran interpersonal juga melibatkan kemahiran menyampaikan idea secara lisan. Untuk itu, sebutan mesti jelas, lancar dan nada bersesuaian secara konsisten. Selain itu, kemahiran mendengar dan memberikan maklum balas yang relevan dengan cepat secara konsisten juga sangat diperlukan. Komunikasi interpersonal kadang kala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal itu berlaku apabila dua atau beberapa individu berkomunikasi  muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi.

Pengirim dan penerima komunikasi itu menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menangkap maklumat, mesej dan tindak balas yang dihasilkan. Tindak balas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera. Komunikasi interpersonal berlaku atas pelbagai sebab, iaitu untuk menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi.

Kemahiran intrapersonal membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaanya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.
Individu yang mempunyai kemahiran ini dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara luarannya, seseorang yang mempunyai kemahiran ini kelihatan murung dan mengelamun tetapi sebenarnya sentiasa berwaspada dan mempunyai wawasan.
                                           
                                            


Cara-cara untuk membangunkan kemahiran interpersonal
1.     Mengenal pasti aspek diri yang boleh dimajukan
2.     Fokus kepada kemahiran komunikasi yang asas
3.  Mempertingkatkan kemahiran komunikasi ke tahap yang lebih tinggi dengan mengenali halangan-halangan dan batasan komunikasi yang wujud
4.     Merenung ke dalam diri kita
5.     Berlatih dan aplikasikan kemahiran interpersonal dalam pelbagai situasi
6.     Membuat refleksi ke atas pengalaman yang dilalui dan membuat penambahbaikan
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar kita memperbaiki kemahiran intrapersonal
1.     Menyimpan jurnal atau diari
2.     Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran
3.     Menilai kerja sendiri
4.     Mengisi borang
5.     Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialam
6.     Menghuraikan kelemahan atau kekuatan sendiri
7.     Melaksanakan projek secara individu
8.     Membuat refleksi secara senyap
                                           
                                                   kemahiran interpersonel



kemahiran intrapersonel

                                       

kemahiran interpersonal dan kemahiran intrapersonal



bagi maklumat yang selanjutnya, kamu semua bolehlah layari laman sesawang di bawah:
https://www.slideshare.net/luqmanhakim98499/kemahiran-belajar-interpersonal-dan-intrapersonal-30293716



sekian daripada saya....😻😻😻

Tuesday, 17 September 2019

PENYELESAIAN SOSIAL




PENYELESAIAN SOSIAL




Assalamualaikum pembaca sekalian 💗
Pada blog kali ini kami akan menerangkan tentang PENYELESAIAN SOSIAL. Kami akan kupaskan beberapa isu sosial yang perlu diselesaikan bagi mengatasi masalah yang sering kali tercetus dalam kalangan generasi intelektual kini.

Semoga ia bermanfaat kepada kalian semua!!!

Seperti yang diketahui umum kaedah pembelajaran di sekolah dan di IPTA adalah berbeza. Perbezaan ini menyebabkan pelajar perlu bijak menyesuaikan diri mereka tidak kira di dalam atau di luar bilik darjah. Penyesuaian sosial ini merujuk kepada cara seseorang individu berinteraksi dengan persekitarannya. hal ini menekankan kebolehan individu dalam mempraktikan kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal dalam kehidupan sosial mereka.

Image result for isu gender dalam kecemerlangan akademik

1.1 Kemahiran interpersonal

💬 Kemahiran yang kita gunakan setiap hari untuk berkomunikasi dengan sekeliling tidak kira secara lisan atau bukan lisan.
💬 Kemahiran ini melatih kecerdasan emosi individu untuk lebih memahami dan menguruskan emosi sendiri dan orang lain

Lebih lanjut boleh layari:

http://larati.net/rweasy/-75440YKNH/1349656/http://kulanzsalleh.blogspot.com/2013/02/komunikasi-interpersonal-dan_14.html?rndad=240538005017b6ff51a2866a35a4508-1568789106 





1.2 Kemahiran intrapersonal 

Image result for kemahiran intrapersonal


--------------------------------------------------MAK-----------------------------------------------------

1.3 Isu-isu dalam Perkongsian Maklumat

Related image
Related image
  • Plagiat mendefinasikan tindakan individu menyalin suatu maklumat daripada pelbagai sumber tanpa memberi pengiktirafan kepada penulis asalnya dan menjadikan karya tersebut seperti ciptaan sendiri.

Image result for hak cipta


  • Hak cipta merupakan hak ekslusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pengkarya untuk mengawal penggunaan karya mereka. 
  • Hak cipta ini penting bagi membuktikan ketulenan karya tersebut hasil ciptaan sendiri.

Isu keselamatan data dan etika dalam penggunaan komputer
  • memerihalkan tentang ancaman yang wujud semasa mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
  • merangkumi virus komputer, cacing dan penggodam 
Image result for isu penggodaman

etika dalam penggunaan komputer pula merangkumi aspek pengguna, kata laluan, perisian komputer dan capaian internet, pencegah virus, data, pemindahan maklumat dan kriptografi.

Isu etika pengguna komputer
  • menghormati  diri sendiri
  • menghormati orang lain
  • menghormati kejujuran dalam akademik


----------------------------------------------FI-------------------------------------------------
Isu Gender dalam Kecemerlangan Akademik


KECENDERUNGAN AKTIVITI FIZIKAL DAN KEMAHIRAN MOTOR
💬Lelaki lebih aktif berbanding perempuan
💬Lelaki cenderung menggunakan fizikal dan kemahiran motor
💬Otot dan ketinggian memberikan kelebihan kepada lelaki

KEUPAYAAN KOGNITIF DAN AKADEMIK
💭Lelaki cekap dalam pemikiran visual-ruang dan abstrak
💭menguasai kemahiran verbal

PENGALAMAN DENGAN TEKNOLOGI
📌Gemar bermain permainan video
📌Lelaki lebih cenderung dan selesa dengan penggunaan komputer

ASPEK MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN AKADEMIK
🔍Perempuan lebih rajin dan gemar dengan aktiviti di dalam bilik darjah
🔍Pentingkan peningkatan dalam pelajaran
🔍Lelaki suka ambil risiko dan sukakan cabaran 

INTERPERSONAL, TINGKAH LAKU DAN HUBUNGAN 
📝Lelaki bersifat agresif manakala perempuan bersifat lemah lembut 
📝Perempuan bertindak secara verbal agresif 
📝Lelaki mempunyai kawalan diri yang baik
📝Perempuan lebih sensitif terhadap emosi

KECERDASAN EMOSI DAN PENCAPAIAN AKADEMIK
💎Perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi daripada pelajar lelaki.




---------------------------------------YENG--------------------------------------

Wednesday, 21 August 2019

ALAT BERFIKIR - PETA MINDA

PETA  MINDA , 
ALAT BERFIKIR ANDA, 
PEMUDAH CARA PEMBELAJARAN










SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT... ENJOY 💙💚💛💜
Selamat datang ke blog kami!!! 😍
Salam perkenalan daripada kami MAKFIYENG💗

Image result for mutiara kata ilmu pengetahuan

Diharapkan semua dapat enjoy! Love you all💋

NURIN-PENYELESAIAN SOSIAL (ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK)

  Isu G ender dalam Kecemerlangan Akademik             Isu gender dalam pembelajaran bukan sesuatu yang baru. Populasi antara lel...